KAEDAH BERCERITA UNTUK KANAK-KANAK

KAEDAH BERCERITA

Abd.Aziz Abd.Talib (2000) menghuraikan teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta  untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan  menjayakan sesuatu kaedah pengajaran
Di  antara teknik bercerita yang boleh digunakan oleh guru-guru prasekolah yang dicadangkan  adalah seperti berikut:
1. Bercerita Menggunakan Buku
  • Teknik ini mudah diaplikasikan oleh pencerita kerana bahan atau teksnya telah sedia ada.  Biasanya teks atau buku-buku cerita yang telah diterbitkan juga terdapat ilustrasi yang menarik
  • Semasa bercerita, pencerita hendaklah memegang buku yang dihalakan kepada pendengar.  Buku hendaklah dipegang pada bahagian bawah untuk memudahkan membuka halaman baru

2.     Penggunaan Boneka
  • Boneka adalah sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. 
  • Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. 
  • Kesannya cukup baik ke  arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita dan merangsangkan daya imaginasi. 
  • Sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang boleh dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains dan membaca.

3. Bercerita Berdasarkan Gambar Bersiri
  • Merupakan cerita yang disampaikan dengan menggunakan siri gambar yang berurutan. 
  • Setiap bahagian belakang kad gambar bersiri hendaklah ditulis nombor siri mengikut jalan cerita yang akan disampaikan.  
  • Di bahagian belakang setiap kad tersebut tercatat isi cerita yang menerangkan senario gambar yang dipamerkan sebelumnya.

bersambung...
santai 2 dulu tenangkan minda bersama cerita ini 


Ulasan